Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

30 October 2011

Jihad vs Islam

Salam ukhuwah fillah. 


Apa pandangan kalian serta tanggapan kalian tentang jihad. Adakah jihad beerti pengganas? Adakah jihad beerti pemberontak? Ataupun adakah jihad beerti mesti membunuh dan sebagainya? Sunngguh tertipu seandainya jika kita berfahaman sedemikian. Semoga Allah membuka mindamu.


Mari kita lihat definisi sebenar mengenai jihad yang dipetik melalui wikipedia. Dalam Islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid. Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.
Berdasarkan firman Allah s.w.t :


"Dan perangilah kaum musyrikin itu seluruhnya sebagaimana mereka memerangi engkau semua seluruhnya pula dan ketahuilah bahwasanya Allah itu beserta orang-orang yang bertaqwa." 
(at-Taubah: 36)


Firman Allah s.w.t. lagi :

 "Diwajibkan padamu sekalian berperang, sedang perang itu suatu hal yang dibenci olehmu semua dan barangkali engkau semua membenci sesuatu, padahal ia adalah lebih baik untukmu semua, juga barangkali engkau semua senang pada sesuatu, padahal ia adalah lebih buruk untukmu semua. Allah adalah Maha Mengetahui, sedangkan engkau semua tidak mengetahui." 
(al-Baqarah: 216)

Lihat, ini maksud jihad yang sebenarnya. Namun, istilah jihad sering disalahfahami oleh yang tidak mengenal prinsip-prinsip Din Islam sebagai 'perang suci' (holy war); istilah untuk perang adalah Qital, bukan Jihad. Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan kewujudan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan.

Jihad tidak boleh disama ertikan dengan keganasan. Jihad dalam bentuk perang harus jelas pihak mana yang terlibat dalam peperangan, seperti halnya perang yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w.yang mewakili Madinah melawan Makkah dan sekutu-sekutunya. Alasan perang tersebut terutama adalah kezaliman kaum Quraisy yang melanggar hak hidup kaum Muslimin yang berada di Makkah (termasuk merampas harta kekayaan kaum Muslimin serta pengusiran).
" Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".
(QS 4:75)
Perang yang mendakwa menegakkan Islam boleh disebut Jihad. Namun perang yang tidak mengikut Sunnah Rasul tidak boleh disebut Jihad. Sunnah Rasul untuk menegakkan Islam bermula dari dakwah tanpa kekerasan, hijrah ke wilayah yang aman dan menerima dakwah Rasul, kemudian merealisasikan suatu masyarakat Islam (Ummah) yang bertujuan menegakkan Kekuasaan Allah di muka bumi. Bukan hanya mengikut nafsu semata.
Sekian Wassalam.

p/s: Harap info ini dapat memperbetulkan serta memperbaiki tanggapan kalian mengenai Jihad yang sebenarnya.

Ya Syabab, Bangkitlah.....

Salam ukhuwah fi sabilillah. 


Saban waktu. Saban hari. Umat Islam makin ditimpa bencana. Bencana yang amat ditakuti oleh Baginda Rasulullah sendiri. Ianya merupakan bencana yang amat bahaya iaitu bencana dalam isu kefahaman akidah. Bukanlah diri ini nak menyalahkan sesiapa. Malah tidak berniat langsung dek kerana ketandusan ilmu. Akan tetapi, diri ini masih rasa terpanggil untuk menyuarakan isi hati yang terpendam.


Sekali lagi ingin diingatkan, tujuan saya menulis entri ini bukan untuk menghukum sesiapa apatah lagi untuk tunjuk pandai tetapi hanya untuk memberi peringatan berdasarkan firman Allah S.W.T :


" Dan berilah peringatan, sesungguhnya setiap peringatan 
itu :amat berguna kepada mukmin yang lain. " 

Apalah gunanya andai hanya disebabkan masalah khilafiah, kita semua sesama Islam bagaikan hendak membunuh antara satu dengan yang lain. Yang lebih memalukan ialah kebanyakan yang bertelagah itu terdiri daripada golongan ahli agama. Hanya disebabakan perbezaan pendapat, hubungan silaturrahim antara kita semua seakan-akan simpulan tali yang longgar. Sedarkah kita bahawasa-Nya Allah telah berfirman :

" Sesungguhnya setiap orang mukmin itu 
adalah bersaudara. "

Sebenarnya, saya pun tidak berminat dengan isu khilafiah ini. Tetapi tak bermaksud saya menolak sekeras-kerasnya apatah lagi menafikannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini yang saya ketandusan ilmu dalam isu berkaitan khilaf. Namun saya mengikut kesepakatan ulama' yang berfatwa seandainya yang kita lakukan itu betul, dua ganjaran untuknya dan seandainya salah, satu ganjaran untuknya. 

Untuk apa kita membazir tenaga bertelagah dengan isu ini sedangkan kita semua bersaudara. Berasa malulah kita kepada agama lain supaya boleh menambah rasa malu kepada Allah. Sungguh benarlah tentang tanda kiamat bahawa umat Islam akan mula berpecah belah. 

Jika kita fikirkan bersama, andai kita bermusyawarah sebelum mengeluarkan hukum, berkemungkinan isu ini tidak akan wujud. Tetapi, setiap manusia mempunyai pendapatnya yang tersendiri dan setiap manusia perlu menghormati dan mendengar pendapat orang lain.

Seperti kisah yang pernah saya baca serta dengar daripada ustaz-ustaz, diceritakan pada suatu hari Imam Syafi'e rahimahullah telah berkunjung ke sebuah penempatan yang rata-ratanya bermazhab Maliki. Apabila tiba waktu subuh, beliau menunaikan solat berimamkan Imam mazhab Maliki yang tidak melakukan doa qunut. Selesai sahaja solat, seorang makmum menegurnya dan bertanya mengapa beliau tidak membaca doa qunut mengikut mazhab Syafi'e. Namun jawapannya hanya ringkas iaitu :


" Aku menghormati mazhabmu. " 

Sampai begitu sekali keperbadiannya yang menghormati mazhab lain. Kalau kita bermazhab Syafi'e sekalipun, janganlah menolak mazhab lain kerana kita masih dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Kita patut menentang ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah seperti Wahabbi dan sebagainya. Namun, perlu berada dalam keadaan berhemah. 

Sekian. Wassalam.

08 October 2011

Hudud Dalam Islam


Bismillahirrahmanirrahim.....
Mengapa Islam memperkenalkan undang-undang yang cukup zalim seperti membunuh orang murtad, memotong tangan pencuri, rejam lelaki atau perempuan berzina yang sudah berkahwin sampai mati, dan sebatan 100 bagi lelaki dan perempuan yang berzina dan belum berkahwin.
Katanya : Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kedamaian kepada seluruh alam. Kalau membawa rahmat, kenapa Islam benarkan semua hukuman tersebut? Bukankah hukuman tersebut akan mendatang kezaliman dan kesengsaraan.
Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (Al-Anbiyaa’ 21;107).
Dalam ayat di atas jelas menerangkan bahawa kedatangan Muhammad yang membawa Islam adalah rahmat atau berita gembira kepada seluruh alam. Maksud alam di sini bukan hanya manusia sahaja bahkan kebaikan kepada seluruh makhluk yang ada di dunia ini. Ayat ini membuktikan Islam adalah agama rahmat dan kedamaian. Memang benar Qur’an membenarkan pelaksanaan undang-undang tersebut dengan tujuan untuk mencegah dan sekaligus menjaga manusia serta harta benda mereka daripada dicerobohi.
1. Hukuman Mencuri
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Al-Maa-idah 5;38).
Hukuman potong tangan bagi pencuri dilaksanakan untuk menuntut keadilan kedua-dua pihak iaitu pencuri dan harta orang yang dicuri. Memang nampak seolah-olah menzalim pencuri, tapi macamna dengan harta yang dicuri? Adakah mereka tak dizalimi oleh pencuri? Bayangkan harta yang dicuri tersebut dikumpulkan bertahun-tahun tetapi hilang dalam sekelip mata kerana dicuri. Adakah pencuri tersebut tidak bersifat zalim?
Pelaksanaan hukuman potong tangan untuk memberikan peringatan kepada pencuri supaya tidak mengulangi atau menakutkan orang lain yang mahu mencuri. Sungguhpun demikian seringkali timbul masalah kerana pelaksanaan undang-undang tersebut tidak berlaku keadilan. Sebelum perlaksanaan hukuman potong tangan maka harus dibuktikan dengan sahih dengan bukti-bukti yang sah. Selepas disabitkan mencuripun belum boleh dilaksabakan hukum memotong tangan kalau kerajaan tidak melindungi rakyatnya termasuk juga keperluan asas.
Disamping itu harus dikaji sebab apa mencuri? Kalau mencuri disebabkan ketiadaan makanan sehingga terpaksa mencuri maka kerajaan harus bertanggung jawab bukan pencuri, tetapi sekiranya semua keperluan asas sudah terpenuhi dan tetap mencuri kerana tabi’at maka hukum harus dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada pencuri.
Sungguhpun demikian pelaksanaan hukum tersebut harus adil dan tidak menzalimi pencuri tersebut lebih-lebih mengaibkan pencuri. Dalam perlaksanaan hukum pun diambil kira supaya tidak sampai menzalimi pencuri tersebut seperti mempastikan agar pisau benar-benar tajam sehingga tidak begitu menyiksa. Ini diperingatkan oleh Rasulullah dalam pesannya :
Abu Hurairah berkata : Dibawa kepada Muhammad seorang yang minum arak, Muhammad perintahkan untuk memukul, maka di antara kami ada yang memukulnya dengan tangan, selipar dan kainnya. Selepas itu seseorang berkata “Allah telah menghinanya” maka Muhammad berkata : “Jangan kamu menjadi perosak saudaramu (menjadi pembantu syaitan)” iaitu dengan menghinanya sehingga syaitan akan lebih senang untuk menghancurkan orang tersebut (dilaporkan oleh Bukhari).
Hadith di atas menunjukkan bahawa tidak boleh melaksanakan hukum dengan tujuan merosakkan pencuri tapi hanya sekadar mengajar semata-mata. Sebetulnya hukuman potong tangan bukan hanya dalam Islam bahkan dalam Kristian pun terdapat ayat tersebut seperti terdapat dalam ayat di bawah :
Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu!Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu masuk ke dalam nereka yang kekal bersama kedua tanganmu (Mark 9;43 dan Matthew 5;30).
Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dibuang ke dalam neraka bersama kedua kakimu (Mark 9;45).
2. Rejam kerana Berzina.
Sila rujuk ayat di bawah :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiap-tiap mereka 100 kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh sekumpulan orang (An-Nuur 24;2).
Bagi Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin maka rejam sampai mati manakala yang belum berkahwin adalah rejam 100 kali sebatan. Sebelum hukum dilaksanakan maka pendakwa harus menyatakan bukti yang sahih dimana ada empat orang saksi yang melihat zina berlaku secara langsung. Kalau tidak ada saksi maka kerajaan tidak boleh melaksanakan hukuman tersebut sungguhpun zina itu memang dilakukan kecuali tertuduh membuat pengakuan sacara sukarela seperti berlaku pada zaman Muhammad. Undang-undang Allah juga terkandung dalam kitab-kitab samawi lain. Dalam Taurah (Moses) dan Injil (Yesus) juga terdapat perintah pelaksanaan hukum hudud bagi yang berdosa. Bahkan dalam Bible sendiri juga terdapat hukum hudud.
Bunuhlah nabi atau penafsir mimpi yang menyuruh kamu memberontak terhadap Tuhan yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba sahaya dahulu. Orang seperti itu jahat dan cuba menyesatkan kamu daripada kehidupan yang diridhai Tuhan. Orang itu mesti dibunuh, supaya kejahatan itu dihapuskan dari kalangan kamu (Deutronomy 13;5).
Di ayat yang seterusnya pun perintah hudud juga perlu dilaksanakan :
Jangan biarkan orang tersebut merayu kamu dan jangan dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang tersebut dan jangan lindungi dia.Bunuhlah dia! Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam dia. Rejamlah dia sampai mati! Dia cuba menjauhkan kamu daripada Tuhan, yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba dahulu. Kemudian semua bangsa Israel akan mendengar dan mereka akan takut Murtad. Seorangpun tidak akan murtad lagi (Deutronomy 13;8).
Sesiapa yang menyebabkan pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi beriman kepada-Ku, lebih baik kalau batu pengisar diikatkan pada lehernya, lalu dia dibuang ke dalam laut (Mark 9;42).
Hukum pasal zina pula tersebut dalam Matthew 5;28-29 dan Mark 9;47 :
Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu : Sesiapa memandang seorang perempuan dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan hati. Jika mata kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buang lah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh tubuh kamu dibuang ke dalam neraka.
Beginilah intisari tentang hudud di dalam Islam. Sesungguhnya Allah yang menciptakan kita dan hanya Allah saja yang tahu akan hukum yang sesuai dilaksanakan ke atas makhluk ciptaannya. Kembalilah kepada fitrah sebenar, jangan terus berada dalam kesesatan dengan cuba melaksanakan hukum berdasarkan pemikiran dan ideologi kita sendiri.
Wallahualam.....