Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

14 December 2010

Motivasi Diri

ANDA  ADA  POTENSI
Adakah   anda   pernah   merasa  kurang bijak dan pandai berbanding orang lain? Anda merasakan anda seorang yang bodoh. Sebabnya dalam peperiksaan anda biasanya mendapat keputusan yang teruk. Anda dijadikan sebagai contoh tidak baik dalam kelas.
Anda  jangan  berfikiran  negatif. Anda sememangnya hebat. Anda adalah unik. Percayalah. Setiap orang mempunyai keunikkan tersendiri. Setiap orang mempunyai kepintaran tersendiri. Begitu juga dengan anda.

Menurut Gadner yang merupakan  seorang  pakar psikologi , telah  mambahagikan   manusia kepada   8  kepintaran  utama, iaitu:
1. Kepintaran  matematik dan logik
2. Kepintaran  bahasa
3. Kepintaran  interpersonal
4. Kepintaran  intrapersonal
5. Kepintaran  kinestatik   
6. Kepintaran  muzik
7. Kepintaran  ruang
8. Kepintaran  semulajadi

Setiap orang mempunyai kepintaran dominan yang berbeza. Tetapi agak malang sedikit kerana sistem persekolahan banyak menumpukan terhadap kepintaran matematik dan logik. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai kekurangan dari segi ini gagal menyerlah. Di sini bukan bermakna anda bukan atau tidak boleh menjadi orang berjaya. Setiap orang mampu berjaya menggunakan kepintaran yang ada.  Jadi mulai hari ini buangkanlah sikap rendah diri bahawa anda bukan bijak. Anda bijak dan unik.
Rasa-rasanya apa kepintaran anda? Kongsilah bersama di sini.

Bakat  dan  Potensi  Anda
Setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi sendiri. Perkara inilah yang dikenali sebagai bakat. Bakat membuatkan anda unik dan berbeza dengan orang lain. Bakat membolehkan anda mahir dalam sesuatu bidang berbanding orang lain.  Rasulullah S.A.W tahu kemampuan dan bakat yang ada pada sahabat-sahabatnya. Sebab itulah mereka ditempatkan dalam bidang masing-masing.

Ali r.a ditempatkan dalam bidang kehakiman.
Mu’adz r.a ditempatkan dalam bidang ilmu pengetahuan.
Ubay r.a ditempatkan di dalam bidang Al-Quran.
Zaid dalam bidang Faraidh.
Khalid bin Walid dalam bidang jihad.
Begitu juga dengan sahabat yang lain.

Bakat yang ada jika digunakan pada tempat yang betul boleh membuatkan seseorang berjaya. Seperti mana  sahabat-sahabat  nabi. Mereka salah seorang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Paling manis lagi bakat mereka digunakan untuk membangunkan Islam. Hebat bukan?
Persoalan hari ini..  ADAKAH  anda  sudah  mengenali  bakat  dan  potensi  anda ?  Dan bagaimana anda mampu untuk menggunakannya pada tempat yang betul?

09 December 2010

Tak Banyak Pun

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .
Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

‘ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ‘ Surah Al-Baqarah

Politik Melayu


 
Saban hari tengok tv sume cerita politik sini, politik sana. Tak paham aku dgn politik kat "Malaysia" ni. Sungguh pelik dan tak mcm politik luar negara. Memang larh politik luar negara lg teruk. Tapi takder larh seteruk politik kat negara ni.

Kalau kita nak katakan politik negara lain teruk, cuba tengok pentadbiran mereka mcm mana. "Perfect". Okey, kita tengok pulak dari segi keagamaan, pentadbiran mereka yang beragama selain drpda "Islam" tu lg bagus drpada pentadbiran di Malaysia yang dianggap sbg Negara Islam. Bagi larh contoh teladan yang baik

Tak malu ke?? Kalau tak malu dgn negara lain pon, malu larh cket dgn agama ALLAH ni. Nama kat dlm I/C, ada "Bin" atau "Binti". Agama pulak, Islam. Tapi amalan rasuah jalan jugak. Tak takut ke dgn firman ALLAH:




So, nk buat cmner ni. Nak teruskan ker?? Kalau tak takot takpe. Tunggu lah azabNYA. Kalau tak dapat kat dunia, kat akhirat dapat gak. Beringatlah. Kalau nak berpolitik, jgn guna cara kotor.