Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

16 March 2011

Aduhai rokok I

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada pembaca mujahiddinislamonline.blogspot.com. Alhamdulilah, dah 2 bulan ana tidak mengupdate entri pada blog ini. Bukan, ana tidak mahu update tetapi program yang berlangsung membantutkan peluang untuk ana online, hehe. Insyaallah, pada kali ni ana ingin berkongsi pendapat ana mengenai bahayanya rokok dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.





Ana pun konfius la, apesal tiap-tiap tahun bilangan perokok kian meningkat macam harga getah. Malah lebih hebat. Yang lebih membimbangkan, gejala merokok ni dah melanda pelajar sekolah.  Mungkin mereka mengikut jejak langkah orang yang ******* kot. Atau mungkin juga mengikuti jejak langkah ayah atau mak. Itu ana kurang pasti. Tetapi, pada masa kini kalau pelajar lelaki yang merokok kita anggap perkara biasa, bagaimana kalau golongan perempuan yang merokok?? Janggal kan??


Ini adalah disebabkan mereka kurang mendapatkan didikan agama yang sempurna sama ada di sekolah mahupun di rumah. Mereka hanya akan mengikut apa yang dilakukan oleh ibubapa dan guru walaupun perkara itu salah.
“ Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing sambil berlari. Kalau bapaknya borek, anaknya pun rintik la,” Mujahiddin Islam Online.
Firman ALLAH, 

كلوا واشربوا من رزق الله
Ertinya : “ Makanlah dan minumlah dari rezeki-rezeki( yang halal, baik dan tidak melampaui batas) ALLAH”.




Okey lah, sampai sini je entri ana tentang rokok ni. Insyaallah ana akan menyambungnya pada entri akan datang. Sebelum manamatkan kalam, ana ingin antum semua fikir dan jawab sendiri soalan ana. “Wajarkah kita sebagai seorang muslim merokok? Adakah dengan merokok kita akan dapat mendekatkan diri kita denganNya?” Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Ingat,

الوقا ية خير من العلاج

Ertinya : “Mencegah adalah lebik baik daripada merawat”.





02 January 2011

Jom Sertai Bloglist ZahirulOnline 2011

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni. Aku nak join satu contest dari blog Zahirul Online . Okay caranya senang je, korang kene buat satu entri dengan menjawab soalan berikut :

1) Dari mana anda mengetahui blog ZahirulOnline?
Jawapan : Facebook

2) Anda Jejaka atau Jelita?
Jawapan : Jejaka r bro...

3) Nyatakan sebab anda berblogging...
Jawapan : Mengeluarkan pendapat dan berkongsi ilmu, cerita suka dan duka

4) Masukkan Header ZahirulOnline, link dan nama ZahirulNukman dalam entri anda...

01 January 2011

Kristianisasi dalam umat Islam…

Sambutan seperti ni diagungkan..
Sambuatan ni diperkecilkan

Sempena tahun baru masihi @ tahun baru kristian ni, aku nak bawakkan satu pengetahuan yang boleh dikira atau dianggap sebagai peringatan kita bersama. So sesiapa yang ada terasa hati atau termakan hati, awal-awal lagi aku minta maaf.

Semalam, sempena tahun baru kita tengok berapa ramai umat manusia khususnya yang beragama Islam yang menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau berbanding dengan mereka-mereka yang berada di tempat-tempat maksiat. Dah tengok?? Tak payah tengok pun kita dah boleh tau. Sanggupkah kita menjadi hamba kepada tahun baru??? Sedarkah kita siapa yang menciptakan bumi ni??? Fikirlah dan renung-renungkanlah.

Kita tengok lagi, bagaimana sambutan sempena tahun baru hijrah yang lalu. Agak-agaknya penuh tak masjid-masjid dan surau-surau korang. Nampak tak masih ada karpet-karpet yang kosong dan tidak diduduki oleh umat islam. Kalau kita tengok malam tadi, kita cuba cari tempat-tempat kosong di sekitar  kawasan sambutan tahun baru kristian ni. Memang kita takkan jumpa. Mana-mana padang tu dah tak nampak hijau, semuanya Nampak hitam je sebab baying-bayang manusia ni.

Yang paling teruknya ialah mereka-mereka ni dah macam tak ada agama. Padahal kalau kita tengok pada identity card diorang, agama mereka Islam. Keturunan melayu muslim. Apa nak jadi dengan mereka semua ni. Terlalu mengagungkan sambutan di Negara barat sedangkan sambutan yang berlandaskan Islam seperti ditolak pergi jauh-jauh dalam hidup mereka. Mereka inilah yang dikategorikan sebagai hambayang tidak bersyukur. Sesungguhnya ALLAH S.W.T  telah berfirman dalam kitabNYA yang Agung iaitu Al-Quran dalam surah الكا فرون :

لكم دينكم ولي دين
Ertinya: Untuk kamu agama kamu, untukku agamaku.

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa kita dilarang sama sekali meniru agama yang bertentangan dengan Islam. Bukanlah maksud saya meniru benda yang baik pun tak boleh, tidak sama sekali. Tetapi, maksud saya meniru dalam aspek keagamaan seperti perayaan, pergaulan, pemakaian. Cuba kita bandingkan agama kita dengan agama kristian, memang sangat berbeza.  So, tanpa rasa segan dan silunya saya akan mengkategorikan orang-orang macam ni sebagai orang yang melacurkan agamanya. Dan orang yang sebegini sebenarnya lebih teruk dari orang yang melacurkan tubuh badannya. Bak kata pelawak sensasi kita pada masa kini, “ Lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum.”