Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

17 July 2011

Sunnah Yang Makin Dilupakan

Assalamualaikum dan salam hormat. Terima kasih kerana masih melayari blog ini. Dah bersawang aku tengok blog ni yang dah lama tak di update. Tapi hari ni aku nak kongsi satu sunnah yang kerap dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. tetapi semakinkita lupakan.

Kerap sekali malah tak pernah pun aku tak dengar imam selalu ingatkan kepada makmumnya yang lain: 

“  Luruskan saf dan rapat-rapatkan saf. Samakan tumit di belakang ”


Macam ni

ataupun


Tak pun camni

Aku tension betul la. Setiap kali aku pergi solat jemaah, mesti ada orang yang tak rapatkan saf. Alasannya :   
·         “ Tak selesalah.”
·         “ Tepi lah sikit.”
·         “ Sempit la.”

"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." 
(HR Muslim no 436).

Telah menjadi kewajipan keatas pemimpin(imam) supaya mengingatkan makmum supaya merapatkannya dan menjadi kewajipan juga keatas makmum untuk mentaati pemimpin(imam) sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. :

Dari Nu'man bin Basyir RA berkata, "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." 
(HR Muslim no 436).

Begitu juga dengan Khalifah-khalifah daulah Islamiyyah :

Atas kesedaran betapa pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab RA mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!"    (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233). 

Satu kesalahan juga apabila imam menyarankan agar saf diluruskan dan dirapatkan tapi tanpa melihat dan memerhatikan makmum, beliau terus saja mengangkat takbiratul ihram. Macam mana tu?? Siapa yang patut disalahkan?? Imam atau makmum?? Lu pikirlah sendiri.

Dan andailah perkara ini diremehkan, rugilah kita : 

  • Memberi peluang dan ruang untuk syaithan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)
  • Berpecah dan banyak beselisih sebagaimana telah disebut dalam hadith sebelum ini.
  • Hilang pahala yang besar, sebagaimana diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf."    (HR Ahmad 4/269, 285, 304).



Masyaallah betapa ruginya kita apabila kita dah solat berjemaah tapi pahala yang diterima tidak setimpal hanya kerana kita tidak merapatkan saf dan mementingkan keselesaan diri sendiri. Nauzubillahi min zalik.


Sabda Nabi,"Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah."  (HR Abu Daud, An Nasai).
Insyaallah, semoga dengan kesedaran ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat yang diajarkan oleh junjungan kita Nabi SAW.

Sabda Rasulullah SAW, "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat"   (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).

Camni baghu betoi
Kompom tak khusyuk


p/s: Mari kita memperbaiki diri dan saling ingat-memperingati. Wassalam.





No comments: