Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

27 August 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan

Salam Aidilfitri dan salam ukhuwah fillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya masih diberikan kesihatan untuk kembali mengisi kekosongan blog ini yang telah lama dibiarkan. Selawat dan salam, doa dan pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. selama-lamanya, siang dan malam tidak putus-putus umatmu memujimu.

Alhamdulillah setelah sebulan kita berjihad memerangi dan mengawal nafsu makan, minum,dan segala perkara yang membatalkan puasa, kini sudah tiba masanya kita meraikan kemenangannya. Semoga Allah s.w.t menerima segala amalan yang telah kita kerjakan sepanjang bulan ini. Amin. Insyaallah.

Namun, entri ni bukan untuk cerita pengalaman raya, tetapi untuk berkongsi tips mengahadapi peperiksaan. (klik sini) dan sini.

Amalan doa-doa menghadapi peperiksaan:


1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)



Maksudnya: 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN



 Maksudnya: 

"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"


3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


Maksudnya: 

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".


4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)



Jangan sesekali berputus asa. Ingatlah Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang menuntut ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya:



"Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan di permudahkan baginya jalan untuk ke syurga..."
(Hadis Riwayat Muslim)

Bertawakkallah kepada Allah s.w.t setelah berusaha. Janganlah kita angkuh dengan apa yang dikurniakan kerana hakikatnya ilmu yang kita miliki adalah milikNya. Sabda Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, nescaya Dia memberikan rezeki kepada kamu seperti diberikanNya rezeki kepada burung-burung. Pagi-pagi burung-burung itu terbang dengan perut kosong dan petangnya kembali ke sarang dengan perut yang penuh." 
(Riwayat at-Tarmizi dan al-Hakim)

Berdoalah kepada Allah. FirmanNya di dalam al-quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” 
(Al-Baqarah : 186).

Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini. Insyaalah akan dikongsi jika berkesempatan pada masa akan datang. Mudahan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kalian. Amin. Insyaallah. Wassalam.

p/s: Nak berjaya jangan sorang2. Doakan kejayaan buat semua umat Islam yang mengambil ujian walaupun kita tak kenal.

05 June 2012

Arab vs Math


Salam ukhuwah fillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya masih diberikan kesihatan untuk kembali mengisi kekosongan blog ini yang telah lama dibiarkan. Selawat dan salam, doa dan pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. selama-lamanya, siang dan malam tidak putus-putus umatmu memujimu.

Insyaallah, pada entri kali ini penulis akan membawa satu isu yang semakin menjadi tabiat umat Islam di negara ini berkaitan dengan cara pemikiran dan pemahaman. Diharapkan kita mendapat keampunan dan redha Allah. Amin, insyaallah. Selamat membaca.

Isunya ialah terdapat segelintir pelajar yang beranggapan bahawa menuntut ilmu dunia itu tidak penting dan wajib mementingkan ilmu akhirat. Dengan ini, saya dengan rasa rendah dirinya memohon agar para pelajar meneliti maksud yang tersirat di sebalik kedua-dua ilmu ini. Janganlah kalian menilainya hanya mengikut rasa dan kehendak hati semata.

Sebenarnya ilmu duniawi dan ukhrawi sangat memerlukan antara satu sama lain. Ianya dapat dibuktikan melalui sejarah lampau. Sebagai contoh, lihat tokoh-tokoh yang dilahirkan oleh Islam antaranya Ibn Sina yang memiliki kepakaran dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi yang mempunyai kemahiran dalam bidang astronomi dan matematik, Syed Naquib Al-Attas sebagai tokoh pemikiran Islam. Adakah mereka ini menolak ilmu sains, perubatan, falsafah dan sebagainya. Tidak bukan, malah mereka mampu menjadi salah seorang tokoh yang terbilang yang mana buah fikiran mereka masih digunapakai sejak berkurun-kurun lamanya. Dan yang lebih hebat lagi, mereka tetap menjalankan kewajipan menuntut ilmu ukhrawi. Penting atau tidak?

Baik, bagi mereka yang masih tidak memahaminya saya akan terangkan melalui pendekatan teori pula. Bayangkan anda hendak solat, tetapi anda tidak memliki ilmu dalam bidang matematik. Bagaimana anda hendak menentukan bilangan rakaat sama ada 1,2,3,4 dalam setiap solat? Begitu juga dengan puasa. Tanpa memiliki ilmu dan kepakaran dalam bidang astronomi, kita tidak akan mampu untuk menentukan bila tarikh permulaan dan pengakhiran bulan. Dalam sains pula, adakah anda ingin terus bergantung harapan kepada mereka yang bukan Islam dalam bidang sains dan perubatan? Come on lah, buka dan luaskan pemikiran kalian dalam mentafsir sesuatu. Ilmu mempunyai skop pemikiran yang sangat luas dan kadang kala kita boleh tersesat ke dalamnya.

Seterusnya dalam hadis, Rasulullah pernah bersabda:

مَنْ اَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَ الْأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْم
Barang siapa menginginkan dunia, maka ia harus berilmu. Barang siapa menginginkan akhirat, maka ia harus berilmu. Dan barang siapa menginginkan dunia akhirat, maka ia juga harus berilmu
(Al – Hadits)

Di dalam hadis ini telah cukup membuktikan bahawa pentingnya kedua-dua bahagian ilmu ini. Hal ini kerana, setiap bahagian ilmu yang terdapat di muka bumi ini segalanya adalah milik Sang Pencipta. Segala ilmu yang dikurniakan telah menjadi fardhu kifayah untuk dipelajari. Dengan itu, saya dengan sekeras-kerasnya membantah tanggapan kalian terhadap pecahan kedua-dua bahagian ilmu ini.

p/s: perbetulkan niat, pasti tidak akan terpesong.

05 May 2012

Sedar atau Tidak?


Salam ukhuwah fillah.

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya, diizinkan jua olehNya untuk ana mengisi ruangan yang telah ditinggalkan terlalu lama. Bukan kerana malas, tetapi kesibukan yang melampau. Maklumlah, menjadi pelajar bukannya mudah. Lebih-lebih lagi yang menetap di asrama macam ana.

Apabila diperkatakan tentang ketibaan imtihan, sesetengah malahan hampir semua pelajar akan merungut. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan keluhan. Memang. Memang berat rasanya apabila ditimpa imtihan. Ana sendiri turut mengalaminya. Insyaallah, pada kesempatan ini ana akan berkongsi sedikit tentang suatu tabiat atau fi’il yang biasa dilakukan oleh sesetengah pelajar ketika menghadapi peperiksaan tanpa memikirkan musibahnya bersempena dengan bulan peperiksaan pada kali ini.

في الامتحان حرام  الغش

Ertinya : “Menipu di dalam peperiksaan adalah haram.”

“Kami tidak meniru, kami berbincang…..”
“Kami tidak meniru, kami bertanya…….”

Yang ingin diperkatakan dalam kenyataan itu bukan hanya isu meniru semata. Dalam ungkapan itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat. Jika kita perhatikan, perkataan  الغش itu sendiri yang membawa maksud khianat atau menipu. Ya, pengkhianatan pada suatu amanah yang telah diberikan. Penipuan yang bakal mengundang kemurkaan Yang Maha Agung. Tidak kiralah apa jua bentuk penipuan sama ada perbincangan ataupun pertanyaan yang dapat menghasilkan sebuah jawapan yang bukan datang dari buah fikiran sendiri, ia tetap dikira menipu dan hukumnya HARAM. Tiada istilah ‘musyawarah’ ketika imtihan sedang berlangsung.

Sabda Rasulullahi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Barangsiapa yang menipu ,
maka dia bukanlah dari golongan kami.”
(H.R Imam Bukhari)

Yang HARAM itu tetap HARAM dan yang DOSA itu tetap DOSA meskipun jalannya terselit sedikit kebaikan.
Teringat ana pada kata-kata seorang murabbi ;

“Cuba antum bayangkan dengan keputusan antum yang ‘cemerlang’ hasil daripada jawapan yang datang bukan dari antum itu, antum gunakan untuk mencari pekerjaan. Adakah antum fikir hasilnya itu halal buat antum sekalian? Fikir-fikirkanlah dan muhasabah diri….”

Yang menyedihkan ana, terdapat segelintir pelajar yang tergamak membawa bahan ‘toyol’ mereka ke dalam tandas. Sudahlah meniru, dibawanya pula ilmu itu ke tandas. Lebih teruk lagi apabila ‘toyol-toyol’ mereka itu mengandungi kalam-kalam suci dari Ilahi dan sabda-sabda Baginda yang di sanjung tinggi dibawa ke tempat yang kotor lagi hina. Malahan ada yang selamba membawa atau menyorokkan Kalamullah itu di bawah-bawah sinki dan celahan pam tandas. Kepercayaan apa yang mereka imani? Luaran Islam, tapi sanggup mempersendakan agamanya sendiri.

Ingatlah, tidak mendatangkan sedikit keuntungan pun jika kalian berterusan bersikap begini. Ana menulis tentang isu ini pun bukan bermakna ana tidak pernah meniru. Tapi ana masih berpendapat bahawa masih belum terlambat untuk ana mengubah tabiat ini. Ana berazam pada imtihan kali ini untuk tidak memohon syafaat daripada sahabat-sahabat seperjungan ataupun ‘toyol-toyol’ sebelum memohon syafaat daripada guru-guru.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ
 لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang
menyala-nyala.”
 (Fatir:6).


“Syaitan akan menguasai kamu apabila kamu berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri kalian daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kamu dirahmati Allah swt.”

Insyaallah. Amin. Sekian, wassalam.
 ______________________________________________________________________________
p/s: Bertindaklah sebagai insan yang dikurniakan fikiran, jangan bertindak mengikut hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan laknatullahi ‘alaik. Mudah-mudahan sedikit sebanyak entri ini dapat menyedarkan diri ana dan para pembaca.